Rayuan Keputusan Peperiksaan Sesi I 2021/2022

Rayuan Keputusan Peperiksaan Sesi I 2021/2022

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi I 2021/2022 bertarikh 26 FEBRUARI 2022.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 12 MAC 2022

Muat Turun Panduan Rayuan

Hebahan Tempahan Temujanji Urusan Pengambilan Sijil bagi Graduan KONVO 2021.

Hebahan Tempahan Temujanji Urusan Pengambilan Sijil bagi Graduan KONVO 2021.

Sukacitanya dimaklumkan bagi para graduan konvo 2020/2021 yang telah membuat bayaran yuran bagi FASA 1 (tiada alamat) dan FASA 2, temujanji secara WALK-IN di Unit Penilaian dan Peperiksaan telah dibuka semula sehingga 31 Januari 2022.

Justeru itu, mohon para graduan yang telah menyelesaikan bayaran yuran yang ingin membuat tuntutan secara WALK-IN untuk mendaftarkan temujanji di Portal Unit Penilaian Peperiksaan (Info > Temujanji Walk-In). Jadual tempoh temujanji turut disertakan pada laman tersebut untuk rujukan.

Bagi graduan yang belum menyelesaikan yuran konvokesyen, anda boleh menjelaskan yuran melalui Portal Konvokesyen PUO ( https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan ). Pembayaran dilanjutkan sehingga FEBRUARI 2022. Kegagalan menjelaskan yuran konvokesyen menyebabkan sijil anda tidak akan diproses. Graduan mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan, mendapat kenaikkan pangkat atau melanjutkan pengajian kerana kelewatan dan kesalahan dan kecuaian dari pihak graduan sendiri*.

Pihak kami sama sekali tidak melayan sebarang permohonan ‘last-minute’ daripada graduan atas apa alasan sekali pun. Hormatilah masa dan tenaga mereka yang telah bertungkus lumus merancang dan memastikan perjalanan serahan sijil berjalan dengan lancar.

*Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan peluang dalam temuduga kerjaya, kenaikkan pangkat atau tidak ditawarkan melanjutkan pengajian disebabkan graduan gagal menjelaskan yuran konvokesyen dan gagal membuat tuntutan sijil seperti yang telah dijadualkan. Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan tidak menguruskan kewangan berkaitan konvokesyen, bayaran yuran perlu dijelaskan secara atas talian. Sebarang pertanyaan berkenaan yuran boleh diajukan kepada Jawatankuasa Konvokesyen 2021 melalui Portal Konvokesyen atau emailkan pertanyaan anda pada puo_konvokesyen@puo.edu.my

Hebahan Kemaskini Rekod Alamat Graduan di Portal Konvokesyen Bagi Urusan Pengeposan FASA 1

Hebahan Kemaskini Rekod Alamat Graduan di Portal Konvokesyen Bagi Urusan Pengeposan FASA 1

Sukacitanya dimaklumkan bagi para graduan konvo 2020/2021 yang telah membuat bayaran yuran bagi FASA 1 (sebelum 30 November 2021), proses pengeposan sedang dijalankan, walaubagaimana pun, pihak kami mendapati terdapat maklumat alamat graduan yang tiada dan tidak lengkap (tiada negeri, tiada poskod, salah ejaan) pada ruangan alamat yang dimasukkan di dalam Portal Konvokesyen PUO ( https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan ).

Justeru itu, mohon para graduan yang telah menyelesaikan bayaran yuran untuk mengemaskini rekod alamat bagi melancarkan proses penghantaran. Kecuaian dalam meletakkan alamat boleh menyebabkan sijil anda tidak dapat dihantar atau dipulangkan semula. Bagi sijil yang dipulangkan semula tidak akan diposkan kembali, graduan perlu menanggung sepenuhnya kos penghantaran semula seperti yang telah dimaklumkan pada permohonan pengeposan sebelum ini (menggunakan sampul surat poslaju beralamat sendiri).

Pengemaskinian rekod alamat boleh dilakukan di Portal Konvokesyen PUO (https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan) selewat-lewatnya 7 Januari 2022. Sekiranya gagal untuk berbuat demikian, sijil graduan FASA 1 yang tiada alamat atau terdapat kesilapan pada alamat akan ditangguhkan sehingga pengeposan FASA 2 kelak.

Bagi graduan yang belum menyelesaikan yuran konvokesyen, anda boleh menjelaskan yuran melalui Portal Konvokesyen PUO (https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan ). Pembayaran akan dibuka sehingga 31 Januari 2022 (FASA 2). Kegagalan menjelaskan yuran konvokesyen menyebabkan sijil anda tidak akan diproses. Graduan mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan, mendapat kenaikkan pangkat atau melanjutkan pengajian kerana kelewatan dan kesalahan dan kecuaian dari pihak graduan sendiri*.

Pihak kami sama sekali tidak melayan sebarang permohonan ‘last-minute’ daripada graduan atas apa alasan sekali pun. Hormatilah masa dan tenaga mereka yang telah bertungkus lumus merancang dan memastikan perjalanan serahan sijil berjalan dengan lancar.

* Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan peluang dalam temuduga kerjaya, kenaikkan pangkat atau tidak ditawarkan melanjutkan pengajian disebabkan graduan gagal menjelaskan yuran konvokesyen dan gagal membuat tuntutan sijil seperti yang telah dijadualkan. Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan tidak menguruskan kewangan berkaitan konvokesyen, bayaran yuran perlu dijelaskan secara atas talian. Sebarang pertanyaan berkenaan yuran boleh diajukan kepada Jawatankuasa Konvokesyen 2021 melalui Portal Konvokesyen.

URUSAN PROSES FASA 2 AKAN DILAKSANAKAN SETELAH PROSES FASA 1 TAMAT.

Makluman Konvokesyen 2021

Makluman Konvokesyen 2021

Kepada semua bakal graduan
Istiadat Konvokesyen PUO Tahun 2021 akan diadakan pada 4 Dis (Sabtu) – Sidang 1 & 2 dan juga pada 5 Dis (Ahad) – Sidang 3 & 4. Sidang 4 akan melibatkan bakal graduan daripada Politeknik Bagan Datuk (PBD) seramai 30 orang. Sila ikut ketetapan jadual berdasar jabatan dan program yang dihebahkan melalui portal konvokesyen.

Sila ambil maklum tentang jadual serta pengisian Istiadat Konvokesyen yang akan dianjurkan. Pihak Politeknik terpaksa memilih untuk mengendalikan Istiadat pada kali ini sepenuhnya secara dalam talian demi keselamatan semua pihak dalam keadaan pandemic Covid-19 yang masih belum reda.

Perlaksanaan Istiadat secara dalam talian akan dikendalikan oleh PUO dengan khidmat dari School of Creative Industry Management & Performing Arts (SCIMPA) UUM. Ia berkonsepkan ‘Creating Memories’ dengan tema #Sayangi PUO#Prihatin Covid-19. Berbagai slot menarik disediakan sepanjang sesi istiadat berlangsung bagi setiap sidang. Ini termasuk ucapan Tetamu Kehormat, Pengarah PUO, wakil graduan yang menerima anugerah, wakil-wakil graduan dari setiap jabatan akademik, selingan persembahan daripada ‘talent’ SCIMPA dan juga PUO – termasuk penampilan khas artis. Platform untuk para graduan berinteraksi sesama rakan akan terus aktif selama 3 bulan selepas tamat tarikh istiadat. Semua pengisian berfokus kepada pengalaman serta persekitaran yang bakal mencuit kenangan bakal graduan sepanjang sesi pengajian di PUO & PBD.
Mohon kerjasama setiap graduan untuk tidak melepaskan peluang Sama² menyaksikan Istiadat Konvokesyen PUO yang julung kalinya dibuat sepenuhnya dalam talian. Prorate bayaran untuk semua graduan (Hadir dan Tidak Hadir) RM 150. Mohon kerjasama semua graduan memuatnaik gambar berjubah yang di ambil menggunakan AR Apps sebelum tarikh yang ditetapkan untuk melancarkan proses persiapan Istiadat konvokesyen .

Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persiapan Istiadat Konvokesyen pada kali ini sentiasa bekerja keras bagi memastikan para graduan akan mendapat manafaat sebaiknya daripada pengalaman yang akan dilalui. Hasrat Jawatankuasa Pengelola keseluruhan istiadat ialah untuk memastikan kesempurnaan dan kejayaan perlaksanaan yang terbaik dengan kerjasama padu daripada semua pihak, terutama semua bakal graduan. Syabas dan Tahniah.

Makluman lanjut sila rujuk di Laman web konvokesyen PUO iaitu :

https://politeknikungkuomar.my

Degree: sesi mac 19, mac 20, sept 20`
Diploma: dis 18, jun 19, dis 19, jun 20

Penangguhan Urusan Tuntutan Sijil, Transkrip Secara Pos Dan Walk-In Bagi Pelajar Sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 & JUN 2019 (Konvokesyen 2020) Di Unit Penilaian Dan Peperiksaan Politeknik Ungku Omar.

Penangguhan Urusan Tuntutan Sijil, Transkrip Secara Pos Dan Walk-In Bagi Pelajar Sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 & JUN 2019 (Konvokesyen 2020) Di Unit Penilaian Dan Peperiksaan Politeknik Ungku Omar.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  • Untuk makluman, Jawatankuasa Konvokesyen Politeknik Ungku Omar telah bermesyuarat pada 28 September 2021 dan telah memutuskan bahawa tuntutan sijil, transkrip dan pembayaran sijil bagi pelajar yang tamat sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019 (Konvokesyen 2020) ditangguhkan sementara waktu mulai 1 Oktober 2021 sehingga Istiadat Konvokesyen 2021.
  • Justeru itu, perkhidmatan tuntutan sijil akademik dan transkrip secara ‘walk-in’ atau pengeposan juga dihentikan bagi proses penyelarasan dan pengurusan Majlis Istiadat Konvokesyen yang akan dilaksanakan pada Disember 2021.
  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengelola Istiadat Graduan, dan hebahan terkini akan dikemaskini oleh beliau melalui Portal Konvokesyen PUO : ( http://webapps1.puo.edu.my/konvokesyenPUO )
  • Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Memo : MEMO PENANGGUHAN URUSAN PENGAMBILAN DAN PEMBAYARAN SIJIL KONVOKESYEN 2020

Rayuan Keputusan Peperiksaan Sesi DIS 2020

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi DIS 2020 bertarikh 7 OGOS 2021.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 20 OGOS 2021

Muat Turun Panduan Rayuan

ARAHAN PENYEBARAN LUAS BORANG MAKLUM BALAS GRADUAN BERKENAAN PELAKSANAAN KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2021

Dr./Tuan/Puan,
ARAHAN PENYEBARAN LUAS BORANG MAKLUM BALAS GRADUAN BERKENAAN PELAKSANAAN KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dengan merujuk surat dari BPN, JPPKK bertarikh 11 Jun 2021 dan rujukan JPPKK.BPN.600-11/1/1( 2 ), untuk makluman pihak Dr./Tuan/Puan, Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian (BPN) ingin mendapatkan maklum balas graduan berkenaan dengan pelaksanaan Konvokesyen Politeknik & Kolej Komuniti Tahun 2021
  2. Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk menyebar luas borang tersebut kepada para graduan jabatan masing-masing yang sepatutnya terlibat dengan Istiadat Konvokesyen PUO Kali ke-49 pada tahun 2021 melalui capaian https://cutt.ly/wnODbK9 sebelum atau pada 28 Jun 2021.
  3. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai kami iaitu En. Hairi Haizri bin Che Amat (012-5010252). Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MEJAR (K) Ts. HAJI MOHD FISAL BIN HAROON)
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Premier
Ipoh, Perak

Makluman Pengambilan Transkrip Secara Pos

Sukacitanya dimaklumkan, setelah dipertimbangkan, Unit Penilaian dan Peperiksaan membenarkan Pengambilan Transkrip secara pos.

Walaubagaimana pun, para pelajar adalah diwajibkan untuk melengkapkan borang permohonan pos transkrip yang terdapat di dalam Portal UPep melalui pautan berikut :

https://upep.mypolytech.com/borang-borang/
(B PERMOHONAN POS TRANSKRIP.pdf)

Borang ini terhad kegunaannya bagi Graduan yang tamat pada sesi :

a) DISEMBER 2019 – SEPT 2020 (DIS 19, MAC 20, JUN 20, SEP 20)
b) SESI JUN 2012 – JUN 2018

Bagi graduan sesi DISEMBER 2018, JUN 2019 dan MAC 2019. Sila rujuk Portal Konvokesyen:
Pengambilan Sijil Diploma/Ijazah Sarjana – UPep PUO (mypolytech.com)

Pemohonan perlulah mengikuti kaedah dan panduan yang tertera di dalam borang permohonan. Sekiranya terdapat kemuskilan atau pertanyaan, hubungi Pegawai Peperiksaan melalui Facebook Pegawai Peperiksaan PUO.

Terima kasih.


Pengambilan Transkrip, Permohonan Salinan Transkrip dan Salinan Sijil Secara Walk-In (Temujanji)

TERHAD KEPADA YANG TAMAT PADA SESI DISEMBER 2018 DAN SEBELUM SESI JUN 2018.

Bagi graduan sesi DISEMBER 2018, JUN 2019 dan MAC 2019. Sila rujuk Portal Konvokesyen:
Pengambilan Sijil Diploma/Ijazah Sarjana – UPep PUO (mypolytech.com)

Sukacitanya dimaklumkan, setelah dipertimbangkan, Unit Penilaian dan Peperiksaan membenarkan Pengambilan Transkrip secara temujanji Walk-In.

Waktu Pengambilan Secara Walk-In :
Isnin sehingga Khamis 
: 9 Pagi – 12.30 Tengahari / 2.30 Petang – 4.30 Petang
Jumaat : 9 Pagi – 12.00 Tengahari / 3.00 Petang – 4.30 Petang.
Tutup pada Cuti Umum dan Cuti Khas.

sila isikan borang atas talian bagi memudahkan urusan pengambilan sijil di kaunter.

TUNTUTAN SECARA WALK-IN – Google Forms

Pelajar adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID 19 sewaktu hadir ke Politeknik Ungku Omar. Sentiasa memakai topeng muka, mengimbas kod QR MySejahtera atau PUOSejahtera dan mengunakan cecair pembasmi kuman.
Sekiranya bergejala, mohon untuk mendapatkan saringan di Hospital berdekatan.

Pengambilan Sijil Diploma/Ijazah Sarjana

RUANGAN INI TERHAD KEPADA YANG TAMAT SESI DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019

Sukacitanya dimaklumkan kepada pelajar yang Tamat Pengajian sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019.

Mulai 2 Januari 2021. Anda boleh menuntut Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Unit Penilaian dan Peperiksaan (Kampus B, PUO) melalui 2 kaedah tuntutan iaitu secara pos atau walk-in (temujanji).

Tuntutan secara POS

Bagi tuntutan secara POS, bayaran adalah seperti yang telah dimaklumkan pada Portal Konvokesyen (RM 150) perlu dibayar secara perbankan atas talian seperti yang terdapat di Portal Konvokesyen PUO. ( Sila rujuk PDF kaedah pembayaran – klik disini )

Setelah bayaran dibuat, sila isikan borang atas talian berserta bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengeposan sijil.

TUNTUTAN SECARA POS – Google Forms

Sekiranya terdapat sebarang masalah ketika membuat pembayaran, sila hubungi Pengelola Konvokesyen (En Hairi Haizri – Jabatan Perkapalan)


Tuntutan secara ‘Walk-In‘ (Temujanji)

Waktu Pengambilan Secara Walk-In :
Isnin sehingga Khamis
: 9 Pagi – 12.30 Tengahari / 2.30 Petang – 4.30 Petang
Jumaat : 9 Pagi – 12.00 Tengahari / 3.00 Petang – 4.30 Petang.
Tutup pada Cuti Umum dan Cuti Khas.

Bayaran adalah seperti yang telah dimaklumkan pada Portal Konvokesyen (RM 150) perlu dibayar secara perbankan atas talian seperti yang terdapat di Portal Konvokesyen PUO. ( Sila rujuk PDF kaedah pembayaran – klik disini )

Setelah bayaran dibuat, sila isikan borang atas talian berserta bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengambilan sijil di kaunter.

TUNTUTAN SECARA WALK-IN – Google Forms

Bukti pembayaran dan slip temujanji perlu dilampirkan sewaktu pengambilan, sijil anda tidak akan diberikan sekiranya anda gagal menyerahkan bukti pembayaran. (Dinasihatkan untuk membuat salinan simpanan pelajar. Resit rasmi akan diambil dan disimpan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan sewaktu pengambilan sijil)

Pelajar adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID 19 sewaktu hadir ke Politeknik Ungku Omar. Sentiasa memakai topeng muka, mengimbas kod QR MySejahtera atau PUOSejahtera dan mengunakan cecair pembasmi kuman.
Sekiranya bergejala, mohon untuk mendapatkan saringan di Hospital berdekatan.

Rayuan Keputusan Peperiksaan

Rayuan Keputusan Peperiksaan

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi JUN 2020 bertarikh 27 FEBRUARI 2021.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 12 MAC 2021

Muat Turun Panduan Rayuan