Hebahan Tempahan Temujanji Urusan Pengambilan Sijil bagi Graduan KONVO 2021.

Sukacitanya dimaklumkan bagi para graduan konvo 2020/2021 yang telah membuat bayaran yuran bagi FASA 1 (tiada alamat) dan FASA 2, temujanji secara WALK-IN di Unit Penilaian dan Peperiksaan telah dibuka semula sehingga 31 Januari 2022.

Justeru itu, mohon para graduan yang telah menyelesaikan bayaran yuran yang ingin membuat tuntutan secara WALK-IN untuk mendaftarkan temujanji di Portal Unit Penilaian Peperiksaan (Info > Temujanji Walk-In). Jadual tempoh temujanji turut disertakan pada laman tersebut untuk rujukan.

Bagi graduan yang belum menyelesaikan yuran konvokesyen, anda boleh menjelaskan yuran melalui Portal Konvokesyen PUO ( https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan ). Pembayaran dilanjutkan sehingga FEBRUARI 2022. Kegagalan menjelaskan yuran konvokesyen menyebabkan sijil anda tidak akan diproses. Graduan mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan, mendapat kenaikkan pangkat atau melanjutkan pengajian kerana kelewatan dan kesalahan dan kecuaian dari pihak graduan sendiri*.

Pihak kami sama sekali tidak melayan sebarang permohonan ‘last-minute’ daripada graduan atas apa alasan sekali pun. Hormatilah masa dan tenaga mereka yang telah bertungkus lumus merancang dan memastikan perjalanan serahan sijil berjalan dengan lancar.

*Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan peluang dalam temuduga kerjaya, kenaikkan pangkat atau tidak ditawarkan melanjutkan pengajian disebabkan graduan gagal menjelaskan yuran konvokesyen dan gagal membuat tuntutan sijil seperti yang telah dijadualkan. Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan tidak menguruskan kewangan berkaitan konvokesyen, bayaran yuran perlu dijelaskan secara atas talian. Sebarang pertanyaan berkenaan yuran boleh diajukan kepada Jawatankuasa Konvokesyen 2021 melalui Portal Konvokesyen atau emailkan pertanyaan anda pada [email protected]