Hebahan Kemaskini Rekod Alamat Graduan di Portal Konvokesyen Bagi Urusan Pengeposan FASA 1

Sukacitanya dimaklumkan bagi para graduan konvo 2020/2021 yang telah membuat bayaran yuran bagi FASA 1 (sebelum 30 November 2021), proses pengeposan sedang dijalankan, walaubagaimana pun, pihak kami mendapati terdapat maklumat alamat graduan yang tiada dan tidak lengkap (tiada negeri, tiada poskod, salah ejaan) pada ruangan alamat yang dimasukkan di dalam Portal Konvokesyen PUO ( https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan ).

Justeru itu, mohon para graduan yang telah menyelesaikan bayaran yuran untuk mengemaskini rekod alamat bagi melancarkan proses penghantaran. Kecuaian dalam meletakkan alamat boleh menyebabkan sijil anda tidak dapat dihantar atau dipulangkan semula. Bagi sijil yang dipulangkan semula tidak akan diposkan kembali, graduan perlu menanggung sepenuhnya kos penghantaran semula seperti yang telah dimaklumkan pada permohonan pengeposan sebelum ini (menggunakan sampul surat poslaju beralamat sendiri).

Pengemaskinian rekod alamat boleh dilakukan di Portal Konvokesyen PUO (https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan) selewat-lewatnya 7 Januari 2022. Sekiranya gagal untuk berbuat demikian, sijil graduan FASA 1 yang tiada alamat atau terdapat kesilapan pada alamat akan ditangguhkan sehingga pengeposan FASA 2 kelak.

Bagi graduan yang belum menyelesaikan yuran konvokesyen, anda boleh menjelaskan yuran melalui Portal Konvokesyen PUO (https://www.politeknikungkuomar.my – perlu login berdasarkan pendaftaran graduan ). Pembayaran akan dibuka sehingga 31 Januari 2022 (FASA 2). Kegagalan menjelaskan yuran konvokesyen menyebabkan sijil anda tidak akan diproses. Graduan mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan, mendapat kenaikkan pangkat atau melanjutkan pengajian kerana kelewatan dan kesalahan dan kecuaian dari pihak graduan sendiri*.

Pihak kami sama sekali tidak melayan sebarang permohonan ‘last-minute’ daripada graduan atas apa alasan sekali pun. Hormatilah masa dan tenaga mereka yang telah bertungkus lumus merancang dan memastikan perjalanan serahan sijil berjalan dengan lancar.

* Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan peluang dalam temuduga kerjaya, kenaikkan pangkat atau tidak ditawarkan melanjutkan pengajian disebabkan graduan gagal menjelaskan yuran konvokesyen dan gagal membuat tuntutan sijil seperti yang telah dijadualkan. Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan tidak menguruskan kewangan berkaitan konvokesyen, bayaran yuran perlu dijelaskan secara atas talian. Sebarang pertanyaan berkenaan yuran boleh diajukan kepada Jawatankuasa Konvokesyen 2021 melalui Portal Konvokesyen.

URUSAN PROSES FASA 2 AKAN DILAKSANAKAN SETELAH PROSES FASA 1 TAMAT.