Unit Penilaian dan Peperiksaan

Unit Penilaian dan Peperiksaan

Unit Peperiksaan berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester, keputusan peperiksaan dan persijilan. 

Unit Peperiksaan Politeknik Ungku Omar diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan, dibantu dua orang Pegawai Peperiksaan dan disokong oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan. 

Setiap jabatan mempunyai ahli jawatankuasa dalam menjayakan dan menguruskan kerja-kerja seperti urusan bank soalan, kemaskini data-data pelajar dan urusan berkaitan sebelum dan selepas peperiksaan dijalankan. 

Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik manakala Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal-hal peperiksaan untuk jabatan masing-masing.

SAIFUL AZMIN BIN ABDUL WAHID

Ketua Unit Penilaian dan peperiksaan / Pegawai Peperiksaan

SYAMSINA BINTI ANIS

Pegawai Penilaian dan Bank Soalan / Pegawai Peperiksaan

NORHASWIRA BIN BUYUNG GADANG

Pegawai Rekod, Data dan Pensijilan/ Pegawai Peperiksaan