Rayuan Keputusan dan Semak Semula Skrip Jawapan Sesi II : 2022/2023

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi II 2022/2023 bertarikh 22 Julai 2023.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan dan semakkan semula skrip jawapan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 3 Ogos 2023

Muat Turun Panduan Rayuan

Rayuan Keputusan dan Semak Semula Skrip Jawapan Sesi I : 2022/2023

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi I 2022/2023 bertarikh 25 Januari 2023.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan dan semakkan semula skrip jawapan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 7 Februari 2023

Muat Turun Panduan Rayuan

Rayuan Keputusan Peperiksaan Sesi II 2021/2022

Rayuan Keputusan Peperiksaan Sesi II 2021/2022

Merujuk kepada keputusan rasmi SesiI I 2021/2022 bertarikh 12 Ogos 2022.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 26 Ogos 2022

Muat Turun Panduan Rayuan

Hebahan Konvokesyen 2022 dan Tarikh Akhir Pengambilan Transkrip

Hebahan Konvokesyen 2022 dan Tarikh Akhir Pengambilan Transkrip

Makluman bagi graduan yang tamat pada sesi MAC 2021 / SEPTEMBER 2021 / DISEMBER 2020 / JUN 2021

Sukacitanya dimaklumkan konvokesyen Politeknik Ungku Omar 2022 akan diadakan pada 22 Ogos 2022 sehingga 26 Ogos 2022 justeru transkrip penyerahan transkrip akademik bagi Sarjana Muda yang tamat sesi MAC 2021/SEPTEMBER 2021 dan Graduan Program Diploma yang tamat sesi DISEMBER 2020 dan JUN 2021 akan ditangguhkan pada 12 OGOS 2022 (JUMAAT).

Transkrip-transkrip yang tidak dituntut akan dimasukkan bersama-sama sijil akademik yang akan diserahkan sewaktu majlis Konvokesyen seperti tarikh yang dimaklumkan di atas.

Untuk makluman lanjut berkenaan Konvokesyen 2022 boleh dirujuk pada laman sesawang

https://politeknikungkuomar.my

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi II 2021/2022 (SARJANA MUDA)

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi II 2021/2022 (SARJANA MUDA)

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi II 2021/2022 (SARJANA MUDA) boleh dimuatturun melalui iPUO Pelajar atau muatturun melalui pautan berikut : 

Slip Menduduki Peperiksaan Bagi Calon Peperiksaan Sarjana Muda Sudah Boleh Dicetak.

Sila pastikan calon membawa Kad Matrik pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan sewaktu menduduki peperiksaan

Pelajar dinasihatkan agar mematuhi peraturan-peraturan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan https://upep.mypolytech.com/gpap/

Hebahan : Pengambilan Transkrip Bagi Pelajar Tamat Pengajian Sesi 1 2021/2022 Diploma dan Sarjana Muda.

Hebahan : Pengambilan Transkrip Bagi Pelajar Tamat Pengajian Sesi 1 2021/2022 Diploma dan Sarjana Muda.

Sukacitanya dimaklumkan pelajar yang telah tamat latihan industri (diploma) dan tamat semester akhir (sarjana muda) boleh mengambil transkrip di Unit Penilaian dan Peperiksaan kampus B Politeknik Ungku Omar mulai 01 JUN 2022 pada waktu iaitu 9.00 Pagi – 11.00 Pagi atau 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang pada hari bekerja sahaja (Tidak termasuk cuti AM).

Tiada temujanji bagi pelajar yang tamat sesi 1 2021/2022 diperlukan sehingga 30 JUN 2022.

Pematuhan SOP adalah diwajibkan di kaunter Unit Penilaian dan Peperiksaan.

Memo Tatacara Permohonan Gantian Sijil dan Transkrip

Dengan segala hormatnya merujuk kepada petikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Ungku Omar bertarikh 25 Februari 2022, mulai 1 MAC 2022, sebarang permohonan salinan gantian sijil dan transkrip akademik perlu disertakan dengan satu (1) *laporan polis.

info : Makluman ini telah dihebahkan melalui jabatan-jabatan akademik untuk makluman pelajar dan yang telah bergaduat pada 1 Mac 2022. Hebahan ini bertujuan memberi peringatan kepada para pelajar dan bekas pelajar yang telah bergaduat .

Memo makluman tatacara baharu boleh dirujuk pada pautan di bawah.

* Laporan Polis diperlukanbagi kes-kes gantian kehilangan atau kerosakan dokumen rasmi atas apa-apa sebab (bencana, kecurian, atau kerosakan akibat faktor peribadi atau semulajadi). Sekiranya belum pernah memohon transkrip berbahasa inggeris dan ingin membuat permohonan, laporan polis tidak diperlukan.

Makluman Peringatan Penutupan Keputusan Peperiksaan Sesi 1 2021/2022 Di Portal iPUO

Merujuk kepada memo makluman penutupan bertarikh 1 Mac 2022, makluman kepada semua pelajar Program Diploma Sesi I 2021/2022, slip keputusan peperiksaan bagi sesi I 2021/2022 akan ditutup sementara mulai 1 April 2022 sehingga 21 April 2022, bagi memberi laluan urusan proses keputusan Latihan Industri bagi pelajar semester akhir Sesi I 2021/2022.

Slip keputusan dijangka akan dibuka semula pada 22 April 2022. Pelajar dinasihatkan untuk memuat-turun dan membuat simpanan rekod keputusan dari Portal iPUO bagi mengelakkan sebarang kesulitan

info : Makluman ini telah dihebahkan melalui jabatan-jabatan akademik untuk makluman pelajar pada 1 Mac 2022. Hebahan ini bertujuan memberi peringatan kepada para pelajar.