Makluman Penangguhan Pengambilan Sijil/Transkrip secara ‘Walk-In’

Merujuk kepada pengumuman PKP/PKPB/PKPP dari Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia, dukacitanya dimaklumkan permohonan pengambilan transkrip/sijil diploma secara Walk-In ditangguhkan berkuatkuasa 13 Januari 2021 (Rabu) sehingga diberitahu kelak. Walaubagaimana pun, proses permohonan pengeposan adalah seperti biasa mengikut prosedur permohonan yang telah ditetapkan.

Makluman akan dikongsikan melalui Portal UPep dan Facebook Pegawai Peperiksaan PUO.

Unit Penilaian dan Peperiksaan
https://upep.mypolytech.com

Pengambilan Sijil Diploma/Ijazah Sarjana

Sukacitanya dimaklumkan kepada pelajar yang Tamat Pengajian sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019.

Mulai 2 Januari 2021. Anda boleh menuntut Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Unit Penilaian dan Peperiksaan (Kampus B, PUO) melalui 2 kaedah tuntutan iaitu secara pos atau walk-in (temujanji)

Tuntutan secara POS

Bagi tuntutan secara POS, bayaran adalah seperti yang telah dimaklumkan pada Portal Konvokesyen (RM 150) perlu dibayar secara perbankan atas talian seperti yang terdapat di Portal Konvokesyen PUO. ( Sila rujuk PDF kaedah pembayaran – klik disini )

Setelah bayaran dibuat, sila isikan borang atas talian berserta bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengeposan sijil.

TUNTUTAN SECARA POS – Google Forms

Sekiranya terdapat sebarang masalah ketika membuat pembayaran, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar.


Tuntutan secara Walk-In (Temujanji)

Waktu Pengambilan Secara Walk-In :
Isnin sehingga Khamis
: 9 Pagi – 12.30 Tengahari / 2.30 Petang – 4.30 Petang
Jumaat : 9 Pagi – 12.00 Tengahari / 3.00 Petang – 4.30 Petang.
Tutup pada Cuti Umum dan Cuti Khas.

Bayaran adalah seperti yang telah dimaklumkan pada Portal Konvokesyen (RM 150) perlu dibayar secara perbankan atas talian seperti yang terdapat di Portal Konvokesyen PUO. ( Sila rujuk PDF kaedah pembayaran – klik disini )

Setelah bayaran dibuat, sila isikan borang atas talian berserta bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengambilan sijil di kaunter.

TUNTUTAN SECARA WALK-IN – Google Forms

Bukti pembayaran dan slip temujanji perlu dilampirkan sewaktu pengambilan, sijil anda tidak akan diberikan sekiranya anda gagal menyerahkan bukti pembayaran. (Dinasihatkan untuk membuat salinan simpanan pelajar. Resit rasmi akan diambil dan disimpan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan sewaktu pengambilan sijil)

Pelajar adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID 19 sewaktu hadir ke Politeknik Ungku Omar. Sentiasa memakai topeng muka, mengimbas kod QR MySejahtera atau PUOSejahtera dan mengunakan cecair pembasmi kuman.
Sekiranya bergejala, mohon untuk mendapatkan saringan di Hospital berdekatan.

Makluman Pengambilan Transkrip Secara Pos

Makluman Pengambilan Transkrip Secara Pos

Sukacitanya dimaklumkan, setelah dipertimbangkan, Unit Penilaian dan Peperiksaan membenarkan Pengambilan Transkrip secara pos.

Walaubagaimana pun, para pelajar adalah diwajibkan untuk melengkapkan borang permohonan pos transkrip yang terdapat di dalam Portal UPep melalui pautan berikut :

https://upep.mypolytech.com/borang-borang/
(B PERMOHONAN POS TRANSKRIP.pdf)

Borang ini terhad kegunaannya bagi Graduan yang tamat pada sesi :

a) DISEMBER 2019 ke atas
b) SESI JUN 2012 – JUN 2018

Bagi graduan sesi DISEMBER 2018, JUN 2019 dan MAC 2019. Sila rujuk Portal Konvokesyen:
http://webapps1.puo.edu.my/konvokesyenPUO

Pemohonan perlulah mengikuti kaedah dan panduan yang tertera di dalam borang permohonan. Sekiranya terdapat kemuskilan atau pertanyaan, hubungi Pegawai Peperiksaan melalui Facebook Pegawai Peperiksaan PUO.

Terima kasih.

Makluman Taklimat Peperiksaan Semester Akhir Sesi JUN 2020

Makluman Taklimat Peperiksaan Semester Akhir Sesi JUN 2020

Adalah dimaklumkan bahawa satu taklimat semester akhir (sebelum menjalani latihan industri, termasuk pelajar sem akhir dari JKP) secara atas talian akan diadakan.

Lokasi : Youtube ( https://www.youtube.com/watch?v=Y1rUi7RZG4c )

Tarikh : 8 September 2020

Masa : 2.30 Petang – 3.00 Petang

Kehadiran adalah WAJIB bagi Semester 5 (Termasuk Semester Akhir JKP). Kehadiran pelajar BUKAN semester 5 adalah DIGALAKKAN.

Kod kehadiran terbahagi kepada 3 bahagian (Awal, Pertengahan dan Akhir) dan akan diberikan sewaktu taklimat.

Kehadiran dan kod perlu dimasukkan sebagai bukti hadir, link kehadiran akan diberikan melalui Facebook page Pegawai Peperiksaan.

Tonton pada waktu yang ditetapkan, hadir seawal 15 minit bagi mengelakkan tercicir Taklimat/Kod Kehadiran.

*Mohon dipanjangkan kepada Penasihat Akademik untuk hebahan kepada pelajar semester akhir. Pelajar bukan semester akhir adalah digalakkan untuk menghadiri taklimat secara atas talian.

Pengesahan Data Pelajar

Pengesahan Data Pelajar

Unit Penilaian dan Peperiksaan PUO tidak sama sekali memberikan maklumat pelajar sewenang-wenangnya kepada pihak ketiga, ini termasuklah keputusan peperiksaan, HPNM, PNM dan lain-lain butiran peribadi pelajar. Bagi agensi kerajaan, swasta, mahupun agensi pekerjaan yang ingin mengesahkan maklumat, agensi perlu menyertakan terlebih dahulu butiran yang diterima daripada graduan untuk DISAHKAN asli oleh Pegawai Peperiksaan, UPep PUO.

Pihak UPep PUO juga tidak melayan sebarang pengesahan melalui telefon atas faktor keselamatan bagi mengelakkan butiran pelajar jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab. Hal ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Justeru itu, kefahaman dari agensi dan pelajar berkenaan perlindungan data peribadi amat dihargai.

Anda Lampirkan Maklumat, Kami Sahkan Ketulenannya. Tiada Maklumat, Tiada Pengesahan. Harap Maklum.

Majikan/Agensi yang ingin mendapatkan pengesahan pelajar boleh merujuk pada pautan dibawah.

Pengambilan Transkrip Bagi Sesi DISEMBER 2019 (Tamat LI April/Mei 2020)

Pengambilan Transkrip Bagi Sesi DISEMBER 2019 (Tamat LI April/Mei 2020)

Makluman :

📄 Pelajar yang telah tamat pengajian bagi sesi DISEMBER 2019 boleh menuntut transkrip akademik di Unit Peperiksaan Jabatan ( JKA, JKE, JKM, JKP, JTMK & JP ) masing-masing bermula 1 Julai sehingga 30 Julai 2020.

📄 Mulai 3 Ogos 2020 itu transkrip tersebut boleh diambil di Unit Peperiksaan & Penilaian PUO, Kampus B.

📄 Transkrip perlu dituntut secara walk-in dan tidak diposkan kepada pelajar. Transkrip provisional boleh dimuat-turun dari portal iPUO Pelajar.

📄 Transkrip boleh diambil oleh wakil tertakluk kepada syarat yang terdapat di :

https://upep.mypolytech.com/soaljawab/transkrip/pengambilan-transkrip-oleh-wakil/

📄 Permohonan transkrip Bahasa Inggeris tertakluk kepada syarat berikut :

https://upep.mypolytech.com/soaljawab/transkrip/pemohonan-transkrip-bahasa-inggeris/

Rayuan Keputusan Peperiksaan

Rayuan Keputusan Peperiksaan

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi DISEMBER 2019 bertarikh 16 MEI 2020.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan surat permohonan tiba lewat di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Tarikh Akhir Permohonan : 27 MEI 2020

Muat Turun Panduan Rayuan

Status Terkini Peperiksaan Akhir bagi Program Diploma Politeknik Ungku Omar

Makluman bagi seluruh warga Politeknik Ungku Omar, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan Kenyataan Media dari Kementerian Pengajian Tinggi, adalah dimaklumkan Peperiksaan Akhir dan Penilaian Akhir bagi Program Diploma/Sijil Politeknik tidak akan dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, bagi menyelaraskan piawaian yang ditetapkan oleh MQA, kaedah penilaian berterusan diteruskan dan disesuaikan mengikut piawaian dari MQA. Penilaian ini akan dilaksanakan diperingkat jabatan akademik.

Mohon para pelajar patuh kepada penilaian berterusan yang diberikan bagi membolehkan sesi Disember 2019 dinilai.

Dilampirkan Kenyataan Media dari Kementerian Pengajian Tinggi 26 Mac 2020.

Makluman Peperiksaan Akhir

Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, dan Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Politeknik tidak apa-apa maklumat rasmi berkenaan penangguhan peperiksaan akhir. Justeru Itu, mesej yang berlegar diwhatsapp dan media sosial berkenaan pembatalan peperiksaan akhir adalah TIDAK SAH dan PALSU.

Mohon tidak menyebarkan sebarang kenyataan palsu berkenaan perkara ini. Unit Penilaian dan Peperiksaan PUO akan memaklumkan sebarang arahan dan info terkini.

Terima kasih

#dudukrumah #kitajagakita #puoprihatin