Pengesahan Data Pelajar

Unit Penilaian dan Peperiksaan PUO tidak sama sekali memberikan maklumat pelajar sewenang-wenangnya kepada pihak ketiga, ini termasuklah keputusan peperiksaan, HPNM, PNM dan lain-lain butiran peribadi pelajar. Bagi agensi kerajaan, swasta, mahupun agensi pekerjaan yang ingin mengesahkan maklumat, agensi perlu menyertakan terlebih dahulu butiran yang diterima daripada graduan untuk DISAHKAN asli oleh Pegawai Peperiksaan, UPep PUO.

Pihak UPep PUO juga tidak melayan sebarang pengesahan melalui telefon atas faktor keselamatan bagi mengelakkan butiran pelajar jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab. Hal ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Justeru itu, kefahaman dari agensi dan pelajar berkenaan perlindungan data peribadi amat dihargai.

Anda Lampirkan Maklumat, Kami Sahkan Ketulenannya. Tiada Maklumat, Tiada Pengesahan. Harap Maklum.

Majikan/Agensi yang ingin mendapatkan pengesahan pelajar boleh merujuk pada pautan dibawah.