Larangan Meniru / Memberi Tiru

Calon dilarang meniru, cuba meniru atau memberi tiru dengan apa-apa cara jua semasa peperiksaan sedang berlangsung.

Membawa nota ke dalam dewan / bilik peperiksaan akan disabitkan dengan kesalahan cubaan meniru

Pelajar yang telah dibuktikan meniru, cuba meniru atau memberi tiru akan dimansuhkan markah peperiksaan akhir bagi semua kursus yang diambil pada semester berkenaan.

Pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan juga boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub dalam Akta 174 (Pindaan 2012) – Bahagian V Tatacara Tatatertib.