Peringatan Membawa Kad Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan

Calon yang bakal menduduki peperiksaan akhir bagi sesi JUN 2019 adalah diingatkan untuk memastikan membawa bersama-sama kad pelajar dan slip menduduki peperiksaan semasa hadir pada hari peperiksaan berlangsung.

  • Slip menduduki peperiksaan boleh didapatkan melalui iPUO Pelajar (http://ipuo.puo.edu.my) , sekiranya terdapat sebarang masalah cetakkan slip sila hubungi Penasihat Akademik bagi mendapatkan bantuan.
  • Sebarang urusan berkaitan dengan Kad Pelajar, sila hubungi Pegawai Disiplin Jabatan/Penyelaras Hal Ehwal Pelajar di Jabatan atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  • Slip sementara (bagi kes pelajar hilang kad pelajar) hanya dikeluarkan sekali sahaja sepanjang 2 minggu peperiksaan berlangsung, dan sahlaku slip sementara hanya untuk satu kod kursus sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk pautan https://upep.mypolytech.com/soaljawab/

Leave a Reply