Penangguhan Urusan Tuntutan Sijil, Transkrip Secara Pos Dan Walk-In Bagi Pelajar Sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 & JUN 2019 (Konvokesyen 2020) Di Unit Penilaian Dan Peperiksaan Politeknik Ungku Omar.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  • Untuk makluman, Jawatankuasa Konvokesyen Politeknik Ungku Omar telah bermesyuarat pada 28 September 2021 dan telah memutuskan bahawa tuntutan sijil, transkrip dan pembayaran sijil bagi pelajar yang tamat sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019 (Konvokesyen 2020) ditangguhkan sementara waktu mulai 1 Oktober 2021 sehingga Istiadat Konvokesyen 2021.
  • Justeru itu, perkhidmatan tuntutan sijil akademik dan transkrip secara ‘walk-in’ atau pengeposan juga dihentikan bagi proses penyelarasan dan pengurusan Majlis Istiadat Konvokesyen yang akan dilaksanakan pada Disember 2021.
  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengelola Istiadat Graduan, dan hebahan terkini akan dikemaskini oleh beliau melalui Portal Konvokesyen PUO : ( http://webapps1.puo.edu.my/konvokesyenPUO )
  • Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Memo : MEMO PENANGGUHAN URUSAN PENGAMBILAN DAN PEMBAYARAN SIJIL KONVOKESYEN 2020