Makluman Konvokesyen 2021

Kepada semua bakal graduan
Istiadat Konvokesyen PUO Tahun 2021 akan diadakan pada 4 Dis (Sabtu) – Sidang 1 & 2 dan juga pada 5 Dis (Ahad) – Sidang 3 & 4. Sidang 4 akan melibatkan bakal graduan daripada Politeknik Bagan Datuk (PBD) seramai 30 orang. Sila ikut ketetapan jadual berdasar jabatan dan program yang dihebahkan melalui portal konvokesyen.

Sila ambil maklum tentang jadual serta pengisian Istiadat Konvokesyen yang akan dianjurkan. Pihak Politeknik terpaksa memilih untuk mengendalikan Istiadat pada kali ini sepenuhnya secara dalam talian demi keselamatan semua pihak dalam keadaan pandemic Covid-19 yang masih belum reda.

Perlaksanaan Istiadat secara dalam talian akan dikendalikan oleh PUO dengan khidmat dari School of Creative Industry Management & Performing Arts (SCIMPA) UUM. Ia berkonsepkan ‘Creating Memories’ dengan tema #Sayangi PUO#Prihatin Covid-19. Berbagai slot menarik disediakan sepanjang sesi istiadat berlangsung bagi setiap sidang. Ini termasuk ucapan Tetamu Kehormat, Pengarah PUO, wakil graduan yang menerima anugerah, wakil-wakil graduan dari setiap jabatan akademik, selingan persembahan daripada ‘talent’ SCIMPA dan juga PUO – termasuk penampilan khas artis. Platform untuk para graduan berinteraksi sesama rakan akan terus aktif selama 3 bulan selepas tamat tarikh istiadat. Semua pengisian berfokus kepada pengalaman serta persekitaran yang bakal mencuit kenangan bakal graduan sepanjang sesi pengajian di PUO & PBD.
Mohon kerjasama setiap graduan untuk tidak melepaskan peluang Sama² menyaksikan Istiadat Konvokesyen PUO yang julung kalinya dibuat sepenuhnya dalam talian. Prorate bayaran untuk semua graduan (Hadir dan Tidak Hadir) RM 150. Mohon kerjasama semua graduan memuatnaik gambar berjubah yang di ambil menggunakan AR Apps sebelum tarikh yang ditetapkan untuk melancarkan proses persiapan Istiadat konvokesyen .

Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persiapan Istiadat Konvokesyen pada kali ini sentiasa bekerja keras bagi memastikan para graduan akan mendapat manafaat sebaiknya daripada pengalaman yang akan dilalui. Hasrat Jawatankuasa Pengelola keseluruhan istiadat ialah untuk memastikan kesempurnaan dan kejayaan perlaksanaan yang terbaik dengan kerjasama padu daripada semua pihak, terutama semua bakal graduan. Syabas dan Tahniah.

Makluman lanjut sila rujuk di Laman web konvokesyen PUO iaitu :

https://politeknikungkuomar.my

Degree: sesi mac 19, mac 20, sept 20`
Diploma: dis 18, jun 19, dis 19, jun 20