Dengan segala hormatnya merujuk kepada petikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Ungku Omar bertarikh 25 Februari 2022, mulai 1 MAC 2022, sebarang permohonan salinan gantian Sijil dan Transkrip Akademik perlu disertakan dengan satu (1) *laporan polis.
Info : Makluman ini telah dihebahkan melalui jabatan-jabatan akademik untuk makluman pelajar dan yang telah bergraduat pada 1 Mac 2022. Hebahan ini bertujuan memberi peringatan kepada para pelajar dan bekas pelajar yang telah bergraduat .
Memo makluman tatacara baharu boleh dirujuk pada pautan di bawah.
* Laporan Polis diperlukan bagi kes-kes gantian, kehilangan atau kerosakan dokumen rasmi atas apa-apa sebab (bencana, kecurian, atau kerosakan akibat faktor peribadi atau semulajadi). Sekiranya belum pernah memohon Transkrip berbahasa Inggeris dan ingin membuat permohonan, laporan polis tidak diperlukan.