Rayuan Keputusan Peperiksaan & Semak Semula Skrip Jawapan

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi DISEMBER 2018 bertarikh 15 MEI 2019.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Tarikh Akhir Permohonan : 27 MEI 2019

Muat Turun Panduan Rayuan

Larangan Meniru / Memberi Tiru

Larangan Meniru / Memberi Tiru

Calon dilarang meniru, cuba meniru atau memberi tiru dengan apa-apa cara jua semasa peperiksaan sedang berlangsung.

Membawa nota ke dalam dewan / bilik peperiksaan akan disabitkan dengan kesalahan cubaan meniru

Pelajar yang telah dibuktikan meniru, cuba meniru atau memberi tiru akan dimansuhkan markah peperiksaan akhir bagi semua kursus yang diambil pada semester berkenaan.

Pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan juga boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub dalam Akta 174 (Pindaan 2012) – Bahagian V Tatacara Tatatertib.

Peringatan Membawa Kad Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan

Calon yang bakal menduduki peperiksaan akhir bagi sesi Disember 2018 adalah diingatkan untuk memastikan membawa bersama-sama kad pelajar dan slip menduduki peperiksaan semasa hadir pada hari peperiksaan berlangsung.

  • Slip menduduki peperiksaan boleh didapatkan melalui iPUO Pelajar (http://ipuo.puo.edu.my) , sekiranya terdapat sebarang masalah cetakkan slip sila hubungi Penasihat Akademik bagi mendapatkan bantuan.
  • Sebarang urusan berkaitan dengan Kad Pelajar, sila hubungi Pegawai Disiplin Jabatan/Penyelaras Hal Ehwal Pelajar di Jabatan atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  • Slip sementara (bagi kes pelajar hilang kad pelajar) hanya dikeluarkan sekali sahaja sepanjang 2 minggu peperiksaan berlangsung, dan sahlaku slip sementara hanya untuk satu kod kursus sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk pautan https://upep.mypolytech.com/soaljawab/