Arahan Semakan Pendaftaran Kursus dan Penutupan Perubahan Data Sesi Disember 2019

Mohon semua pelajar mencetak dan menyemak kembali slip pendaftaran kursus bagi sesi ini dan memastikan maklumat berikut adalah BETUL dan MUKTAMAD pada slip pendaftaran:

  1. Nama penuh
  2. No KP
  3. Seksyen
  4. Semester
  5. Jam Kredit Tamat Minimum , Jam Kredit Pindah
  6. Jam Kredit Semasa
  7. Kod Kursus
  8. Seksyen Kursus

Sekiranya ada kesilapan, pelajar dikehendaki memaklumkan kepada Penasihat Akademik untuk pembetulan segera. Manakala bagi pembetulan pendaftaran kursus, pelajar hendaklah mengisi borang tambah/gugur/perubahan seksyen kursus yang boleh dimuat turun daripada portal UPEP. Hantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan dengan kadar segera. Sila rujuk https://upep.mypolytech.com/ pada bahagian info > muat-turun > borang-borang

Tindakan tindakan ini mestilah segera dibuat sehingga 04 Mac 2020.
Selepas daripada tarikh tersebut, tiada lagi perubahan data pendaftaran kursus akan dibuat.

Mana-mana kesilapan (yang berpunca daripada mana mana pihak samada pelajar, penasihat akademik atau pensyarah kursus) DENGAN APA JUA ALASAN tidak akan dilayan.

Ia akan dianggap sebagai KECUAIAN PELAJAR dan keputusan GAGAL KURSUS akan diberikan.

Tarikh Akhir adalah 4 MAC 2020.

Makluman Pengambilan Transkrip Bagi Sesi JUN 2019

Sukacitanya dimaklumkan Mesyuarat Lembaga Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memuktamadkan graduan bagi sesi JUN 2019/SEPT 2019 telah selesai.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang telah tamat bagi sesi JUN 2019 boleh menuntut transkrip akademik di Unit Penilaian dan Peperiksaan Politeknik Ungku Omar mulai hari ini.

Pelajar yang tidak membuat tuntutan akan memperoleh transkrip akademik pada sesi Konvokesyen bersama-sama Sijil Diploma.

Transkrip boleh di ambil oleh wakil tertakluk kepada syarat yang terdapat di : https://upep.mypolytech.com/soaljawab/transkrip/pengambilan-transkrip-oleh-wakil/

Permohonan transkrip tertakluk kepada syarat berikut : https://upep.mypolytech.com/soaljawab/transkrip/pemohonan-transkrip-bahasa-inggeris/

Tarikh Pengambilan Transkrip Akademik

Merujuk kepada arahan Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (BPN, JPPKK), mulai sesi JUN 2019, transkrip pelajar (Lulus Penuh/Tamat Belajar) akan mula diedarkan selepas tarikh lembaga bagi setiap sesi. Justeru itu, bagi sesi JUN 2019, transkrip akan diedar selepas 20 Februari 2020.

Walau bagaimanapun, pelajar yang telah lulus penuh/tamat pengajian boleh mencetak transkrip sementara (provisional) melalui Portal iPUO.

Rayuan Keputusan Peperiksaan & Semak Semula Skrip Jawapan

Merujuk kepada keputusan rasmi Sesi JUN 2019 bertarikh 30 NOVEMBER 2019.

Pelajar yang ingin membuat rayuan keputusan, boleh merujuk garis panduan seperti di lampiran atau pada akaun iPUO masing-masing atau menerusi makluman yang terdapat di Portal UPep (https://upep.mypolytech.com)

PERINGATAN
Kelewatan PERMOHONAN RAYUAN tidak akan dilayan dan tidak akan diproses.

Tarikh Akhir Permohonan : 13 DISEMBER 2019

Muat Turun Panduan Rayuan

Peringatan Membawa Kad Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan

Peringatan Membawa Kad Pelajar dan Slip Menduduki Peperiksaan

Calon yang bakal menduduki peperiksaan akhir bagi sesi JUN 2019 adalah diingatkan untuk memastikan membawa bersama-sama kad pelajar dan slip menduduki peperiksaan semasa hadir pada hari peperiksaan berlangsung.

  • Slip menduduki peperiksaan boleh didapatkan melalui iPUO Pelajar (http://ipuo.puo.edu.my) , sekiranya terdapat sebarang masalah cetakkan slip sila hubungi Penasihat Akademik bagi mendapatkan bantuan.
  • Sebarang urusan berkaitan dengan Kad Pelajar, sila hubungi Pegawai Disiplin Jabatan/Penyelaras Hal Ehwal Pelajar di Jabatan atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  • Slip sementara (bagi kes pelajar hilang kad pelajar) hanya dikeluarkan sekali sahaja sepanjang 2 minggu peperiksaan berlangsung, dan sahlaku slip sementara hanya untuk satu kod kursus sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk pautan https://upep.mypolytech.com/soaljawab/