Kehilangan Transkrip

Bagi permohonan gantian salinan transkrip yang hilang, dokumen yang perlu disediakan adalah:

  1. Surat Permohonan Rasmi yang mengandungi maklumat berikut:
    • Nama Penuh Pemohon
    • No Kad Pengenalan
    • No Pendaftaran
    • Sesi Tamat Pengajian
    • Program (Nama Penuh Program Yang Dicetak Pada Sijil/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah)
    • Jabatan Akademik
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat
  2. Wang Pos RM10.00 bg setiap transkrip (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris) 
    (Atas nama ‘Pengarah Politeknik Ungku Omar’)
  3. Salinan Laporan Polis yang menyatakan kehilangan sijil. (Wajib Disertakan)
  4. Salinan keputusan penilaian (telah disahkan)
    • Semester 1 hingga Semester akhir
    • Slip Keputusan Latihan Industri (jika ada)
    • Salinan Transkrip sebelum ini (jika ada)
  5. Poskan permohonan ke alamat;Pengarah
    Politeknik Ungku Omar
    Jalan Raja Musa Mahadi
    31400 Ipoh, Perak
    U/P: Unit Penilaian dan Peperiksaan.
  6. Tempoh menyiapkan permohonan transkrip, dalam tempoh 3 minggu dari tarikh permohonan diterima Unit Penilaian dan Peperiksaan
  7. Sekiranya ingin sijil yang telah siap diposkan, mohon untuk menyediakan sampul surat poslaju keras bersaiz L yang lengkap beralamat bagi melindungi sijil anda dari rosak. (pihak UPep tidak bertanggungjawab sekiranya sijil rosak sewaktu proses pengeposan)
  8. Mohon untuk sertakan alamat sekiranya transkrip tuan/puan memohon pihak kami menghantarkan transkrip secara pos.