Bagi permohonan gantian salinan Transkrip yang hilang, dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Mengisi Borang Permohonan Transkrip Akademik ( Gantian ) yang boleh didapati di bahagian ‘Info- Borang-borang’.
- Salinan Kad Pengenalan atau Kad pelajar.
- Resit Wang Pos / Bank Deraf RM10.00 bagi setiap Transkrip Akademik (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)
(Atas nama ‘Pengarah Politeknik Ungku Omar’) - Salinan Laporan Polis yang menyatakan kehilangan Sijil. (Wajib Disertakan)
- Salinan Keputusan Penilaian (yang telah disahkan)
- Semester 1 hingga Semester akhir
- Slip Keputusan Latihan Industri (jika ada)
- Salinan Transkrip sebelum ini (jika ada)
- Poskan permohonan ke alamat;
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh, Perak
U/P: Unit Penilaian dan Peperiksaan. - Untuk pengeposan Transkrip, sila isi dan lengkapkan dokumen yang diperlukan mengikut senarai semak yang terdapat pada borang pengeposan. Borang pengeposan Transkrip boleh didapati di sini.
*Tempoh menyiapkan permohonan Transkrip,adalah dalam tempoh 3 minggu dari tarikh permohonan diterima Unit Penilaian dan Peperiksaan.