Kehilangan Sijil Diploma.

Bagi permohonan gantian salinan sijil diploma yang hilang, dokumen yang perlu disediakan adalah:

  1. Surat Permohonan Rasmi yang mengandungi maklumat berikut:
    • Nama Penuh Pemohon
    • No Kad Pengenalan
    • No Pendaftaran
    • Sesi Tamat Pengajian
    • Program (Nama Penuh Program Yang Dicetak Pada Sijil/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah)
    • Jabatan Akademik
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat-Menyurat
  2. Wang Pos RM50.00 bagi setiap salinan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 
    (Atas nama ‘Pengarah Politeknik Ungku Omar’)
  3. Salinan Laporan Polis yang menyatakan kehilangan sijil. (Wajib Disertakan)
  4. Permohonan boleh dihantar secara terus ke Unit Penilaian dan Peperiksaan Politeknik Ungku Omar, atau Poskan permohonan ke alamat berikut;Pengarah
    Politeknik Ungku Omar
    Jalan Raja Musa Mahadi
    31400 Ipoh, Perak
    U/P: Unit Penilaian dan Peperiksaan.
  5. Tempoh menyiapkan sijil diploma, sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh permohonan diterima Unit Penilaian dan Peperiksaan
  6. Sekiranya ingin sijil yang telah siap diposkan, mohon untuk menyediakan sampul surat poslaju keras bersaiz L yang lengkap beralamat bagi melindungi sijil anda dari rosak. (pihak UPep tidak bertanggungjawab sekiranya sijil rosak sewaktu proses pengeposan)
  7. Simpan nombor “tracking” (sekiranya berkenaan)