Pelajar yang gagal mengugurkan kursus melebihi 4 minggu pengajian.
Pelajar tidak mendaftar/mengugurkan kursus dalam tempoh 2 minggu pengajian.
- Pelajar yang tidak mendaftar/mengugurkan kursus dalam tempoh 2 minggu pengajian perlulah merujuk kepada penasihat akademik masing-masing.
- Penasihat Akademik akan membantu pelajar dalam proses pendaftaran kursus selepas 2 minggu atau selepas tutup tempoh pendaftaran kursus pelajar
- Penasihat Akademik boleh mendaftar atau mengugurkan kursus pelajar di dalam tempoh minggu ke 3 hingga minggu ke 4 pengajian (rujuk Tarikh-tarikh penting / Takwim UPep)
Setelah tamat tempoh pendaftaran/penguguran kursus oleh Penasihat Akademik, pelajar perlu membuat surat permohonan pendaftaran/penguguran kursus.
- Surat permohonan tersebut perlu disahkan oleh Penasihat Akademik, Pensyarah Kursus dan disokong oleh Ketua Jabatan.
- Surat yang telah lengkap perlu dihantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan Politeknik Ungku Omar untuk kelulusan daripada Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan.