Hebahan Konvokesyen 2025 dan Tarikh Akhir Pengambilan Transkrip

Makluman bagi graduan yang tamat pada sesi SESI AKADEMIK I : 2023/2024 , SESI II : 2023/2024, DAN SESI I : 2024/2025
Sukacitanya dimaklumkan konvokesyen Politeknik Ungku Omar 2025 akan diadakan pada 19 Ogos 2025 sehingga 21 Ogos 2025 justeru transkrip penyerahan transkrip akademik bagi Sarjana Muda yang tamat sesi SESI AKADEMIK I : 2023/2024 dan Graduan Program Diploma yang tamat sesi SESI II : 2023/2024 dan SESI I : 2024/2025 akan ditangguhkan mulai 04 OGOS 2025 (ISNIN).
Transkrip-transkrip yang tidak dituntut akan dimasukkan bersama-sama sijil akademik yang akan diserahkan sewaktu majlis Konvokesyen seperti tarikh yang dimaklumkan di atas.
Untuk makluman lanjut berkenaan Konvokesyen 2025 boleh dirujuk pada laman sesawang
https://konvokesyen.puo.edu.my