Permohonan Silibus bagi Mendapatkan Pengecualian Kredit

TATACARA PERMOHONAN KURIKULUM BAGI TUJUAN PINDAHAN KREDIT YANG PERLU DIPATUHI OLEH LULUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR
Pemohon perlu mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut :

  1. Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit (sila sertakan nama penuh, nombor matrik, alamat terkini, nombor telefon dan emel);
  2. Transkrip akademik diploma/ sijil daripada Politeknik (setiap semester);
  3. Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang berkaitan sahaja; dan
  4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi-institusi berkaitan.

Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan di atas sama ada secara bertulis atau emel ke alamat email yang diberikan.
Permohonan secara bertulis hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis “PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT” di penjuru sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dialamatkan kepada :
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh Perak.
U/P: Pusat Jaminan Kualiti & Pengurusan Risiko (CQARM)

Manakala bagi permohonan melalui emel, dokumen dengan maklumat yang lengkap boleh diemail ke alamat email: [email protected]
Semua permohonan yang lengkap diterima akan diproses di dalam tempoh 5 hari bekerja dan maklumbalas akan diberikan melalui alamat email yang disertakan seperti di dalam surat permohonan.

Sekian. Harap maklum