Pos / Emel Transkrip & Sijil

Soalan : Adakah Sijil dan Transkrip boleh dipos?
Jawapan : Ya, Sijil dan Transkrip boleh dipos. Pelajar dikehendaki untuk mengisi borang pengeposan Sijil/Transkrip dan membuat pembayaran terlebih dahulu sekiranya bayaran belum dibuat. Borang permohonan Sijil dan Tramskrip serta borang Pengeposan Sijil/Transkrip boleh didapati di sini.

Soalan : Adakah Unit Penilaian dan Peperiksaan boleh emelkan Sijil dan Transkrip kepada pelajar/graduan?
Jawapan : Tidak, maklumat Transkrip ataupun Sijil pelajar tidak boleh diemelkan kepada pelajar atau mana-mana pihak ketiga. Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan tidak bertanggungjawab atas sebarang salah guna dokumen rasmi disebabkan kecuaian pelajar.