Peperiksaan Akhir adalah suatu penilaian yang wajib bagi seseorang pelajar untuk hadir seperti mana yang tercatat pada slip menduduki peperiksaan. Sekiranya pelajar tidak hadir atas urusan peribadi, maka garis panduan yang terdapat di dalam Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian.
Perkara 26.1.1
Pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki Peperiksaan Akhir Khas adalah pelajar seperti berikut
- Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau HOSPITAL swasta.
- menghadapi kes-kes kecemasan seperti kes kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa; atau
- menyertai aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur; atau
- atlit sukan yang sedang mewakili negeri atau negara.
Perkara 26.1.4
Sekiranya pelajar tidak hadir dengan sebab yang munasabah, markah SIFAR(0) akan diberikan bagi Peperiksaan Akhir Khas tersebut dan markah penilaian hanya akan dikira berdasarkan markah penilaian kerja kursus sahaja.
Merujuk kepada Perkara 26.1.1 dan Perkara 26.1.4, umrah adalah kategori alasan yang tidak munasabah. Maka tiada penangguhan mahupun peperiksaan akhir khas akan ditawarkan kepada pelajar.