[HEBAHAN] MAKLUMAN SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Dimaklumkan kepada semua pelajar Politeknik Ungku Omar yang akan menduduki peperiksaan bagi Sesi II : 2024/2025, bahawa Slip Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar adalah dokumen WAJIB untuk dibawa semasa hari peperiksaan.

Perkara-Perkara Penting:

  1. Slip Menduduki Peperiksaan:
    • Pelajar boleh memuat turun slip peperiksaan masing-masing melalui portal pelajar di http://ipuo.puo.edu.my/ipuo/ bermula dari 8 Mei 2025.
    • Sila semak semua butiran pada slip peperiksaan anda (seperti nama, nombor pelajar, kod kursus, tarikh, lokasi dan masa peperiksaan) untuk memastikan ketepatan maklumat. Sebarang percanggahan hendaklah dimaklumkan segera kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan.
  2. Dokumen Wajib Semasa Peperiksaan:
    • Setiap pelajar DIWAJIBKAN membawa Kad Pelajar yang sah. (Sila rujuk Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekiranya kehilangan kad pelajar)
    • Setiap pelajar DIWAJIBKAN membawa Slip Menduduki Peperiksaan yang telah dicetak dengan jelas.
  3. Pematuhan Arahan Peperiksaan:
    • Semua pelajar hendaklah membaca dan MEMATUHI segala arahan dan peraturan peperiksaan yang terkandung dalam ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI EDISI 1 2025.
    • Kegagalan mematuhi arahan boleh mengakibatkan tindakan tatatertib diambil.

Pelajar dinasihatkan untuk membuat persediaan awal dan memastikan semua dokumen yang diperlukan dibawa bersama pada hari peperiksaan. Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan Politeknik Ungku Omar mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan.

Sekian, terima kasih.

NORHASWIRA BIN BUYUNG GADANG
KETUA UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
POLITEKNIK UNGKU OMAR

Loading

Leave a Reply