Dr./Tuan/Puan,
ARAHAN PENYEBARAN LUAS BORANG MAKLUM BALAS GRADUAN BERKENAAN PELAKSANAAN KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2021
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Dengan merujuk surat dari BPN, JPPKK bertarikh 11 Jun 2021 dan rujukan JPPKK.BPN.600-11/1/1( 2 ), untuk makluman pihak Dr./Tuan/Puan, Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian (BPN) ingin mendapatkan maklum balas graduan berkenaan dengan pelaksanaan Konvokesyen Politeknik & Kolej Komuniti Tahun 2021
- Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk menyebar luas borang tersebut kepada para graduan jabatan masing-masing yang sepatutnya terlibat dengan Istiadat Konvokesyen PUO Kali ke-49 pada tahun 2021 melalui capaian https://cutt.ly/wnODbK9 sebelum atau pada 28 Jun 2021.
- Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai kami iaitu En. Hairi Haizri bin Che Amat (012-5010252). Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MEJAR (K) Ts. HAJI MOHD FISAL BIN HAROON)
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Premier
Ipoh, Perak