Pengambilan Sijil Diploma/Ijazah Sarjana

RUANGAN INI TERHAD KEPADA YANG TAMAT SESI DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019

Sukacitanya dimaklumkan kepada pelajar yang Tamat Pengajian sesi DISEMBER 2018, MAC 2019 dan JUN 2019.

Mulai 2 Januari 2021. Anda boleh menuntut Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Unit Penilaian dan Peperiksaan (Kampus B, PUO) melalui 2 kaedah tuntutan iaitu secara pos atau walk-in (temujanji).

Tuntutan secara POS

Bagi tuntutan secara POS, bayaran adalah seperti yang telah dimaklumkan pada Portal Konvokesyen (RM 150) perlu dibayar secara perbankan atas talian seperti yang terdapat di Portal Konvokesyen PUO. ( Sila rujuk PDF kaedah pembayaran – klik disini )

Setelah bayaran dibuat, sila isikan borang atas talian berserta bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengeposan sijil.

TUNTUTAN SECARA POS – Google Forms

Sekiranya terdapat sebarang masalah ketika membuat pembayaran, sila hubungi Pengelola Konvokesyen (En Hairi Haizri – Jabatan Perkapalan)


Tuntutan secara ‘Walk-In‘ (Temujanji)

Waktu Pengambilan Secara Walk-In :
Isnin sehingga Khamis
: 9 Pagi – 12.30 Tengahari / 2.30 Petang – 4.30 Petang
Jumaat : 9 Pagi – 12.00 Tengahari / 3.00 Petang – 4.30 Petang.
Tutup pada Cuti Umum dan Cuti Khas.

Bayaran adalah seperti yang telah dimaklumkan pada Portal Konvokesyen (RM 150) perlu dibayar secara perbankan atas talian seperti yang terdapat di Portal Konvokesyen PUO. ( Sila rujuk PDF kaedah pembayaran – klik disini )

Setelah bayaran dibuat, sila isikan borang atas talian berserta bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengambilan sijil di kaunter.

TUNTUTAN SECARA WALK-IN – Google Forms

Bukti pembayaran dan slip temujanji perlu dilampirkan sewaktu pengambilan, sijil anda tidak akan diberikan sekiranya anda gagal menyerahkan bukti pembayaran. (Dinasihatkan untuk membuat salinan simpanan pelajar. Resit rasmi akan diambil dan disimpan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan sewaktu pengambilan sijil)

Pelajar adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID 19 sewaktu hadir ke Politeknik Ungku Omar. Sentiasa memakai topeng muka, mengimbas kod QR MySejahtera atau PUOSejahtera dan mengunakan cecair pembasmi kuman.
Sekiranya bergejala, mohon untuk mendapatkan saringan di Hospital berdekatan.

1 Comment for “Pengambilan Sijil Diploma/Ijazah Sarjana”