Hebahan Konvokesyen 2022 dan Tarikh Akhir Pengambilan Transkrip

Makluman bagi graduan yang tamat pada sesi MAC 2021 / SEPTEMBER 2021 / DISEMBER 2020 / JUN 2021

Sukacitanya dimaklumkan konvokesyen Politeknik Ungku Omar 2022 akan diadakan pada 22 Ogos 2022 sehingga 26 Ogos 2022 justeru transkrip penyerahan transkrip akademik bagi Sarjana Muda yang tamat sesi MAC 2021/SEPTEMBER 2021 dan Graduan Program Diploma yang tamat sesi DISEMBER 2020 dan JUN 2021 akan ditangguhkan pada 12 OGOS 2022 (JUMAAT).

Transkrip-transkrip yang tidak dituntut akan dimasukkan bersama-sama sijil akademik yang akan diserahkan sewaktu majlis Konvokesyen seperti tarikh yang dimaklumkan di atas.

Untuk makluman lanjut berkenaan Konvokesyen 2022 boleh dirujuk pada laman sesawang

https://politeknikungkuomar.my