Arahan Semakan Pendaftaran Kursus dan Penutupan Perubahan Data Sesi Disember 2019

Mohon semua pelajar mencetak dan menyemak kembali slip pendaftaran kursus bagi sesi ini dan memastikan maklumat berikut adalah BETUL dan MUKTAMAD pada slip pendaftaran:

  1. Nama penuh
  2. No KP
  3. Seksyen
  4. Semester
  5. Jam Kredit Tamat Minimum , Jam Kredit Pindah
  6. Jam Kredit Semasa
  7. Kod Kursus
  8. Seksyen Kursus

Sekiranya ada kesilapan, pelajar dikehendaki memaklumkan kepada Penasihat Akademik untuk pembetulan segera. Manakala bagi pembetulan pendaftaran kursus, pelajar hendaklah mengisi borang tambah/gugur/perubahan seksyen kursus yang boleh dimuat turun daripada portal UPEP. Hantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan dengan kadar segera. Sila rujuk https://upep.mypolytech.com/ pada bahagian info > muat-turun > borang-borang

Tindakan tindakan ini mestilah segera dibuat sehingga 04 Mac 2020.
Selepas daripada tarikh tersebut, tiada lagi perubahan data pendaftaran kursus akan dibuat.

Mana-mana kesilapan (yang berpunca daripada mana mana pihak samada pelajar, penasihat akademik atau pensyarah kursus) DENGAN APA JUA ALASAN tidak akan dilayan.

Ia akan dianggap sebagai KECUAIAN PELAJAR dan keputusan GAGAL KURSUS akan diberikan.

Tarikh Akhir adalah 4 MAC 2020.

Leave a Reply